Sensasi Terkini Viral

Bapa Dikecam Biarkan Anak Berdiri Atas Motor

Seorang bapa dikecam bertubi-tubi oleh netizen kerana membiarkan anaknya berdiri di atas motor yang sedang bergerak laju di jalan raya.

Bayangkan kalau tiba-tiba anak itu terjatuh, tidak ke ia akan meragut nyawa atau menyebabkan kecederaan parah.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan gelagat bapa dan anak ini tersebar di laman sosial. Bukan niat untuk menjatuhkan maruah si bapa tetapi ia sebagai pengajaran dan pesanan kepada yang lain supaya tidak membiarkan anak anda melakukan aksi berbahaya ini.

Dalam gambar tersebut jelas kelihatan menunjukkan anaknya yang membonceng di belakang telah berdiri sambil memegang bahu bapanya. Tubuh anak kecil itu hanya disokong oleh sebelah tangan bapanya yang tidaklah sekemas mana.

Sudah bagus kerana mereka memakai topi keledar tetapi yang tidak bagusnya apabila membiarkan anaknya berdiri.

Pelbagai reaksi dan kecaman daripada netizen apabila melihat gambar tersebut. Maklumlah masing-masing masih fobia dengan kejadian kanak-kanak dilanggar ketika berbasikal di Johor beberapa minggu yang lepas.-KLICK.MY