Hiburan

Bapa Aizat Meninggal Dunia Kerana Serangan Angin Ahmar

PENYANYI Aizat Amdan berkongsi berita sedih di media sosial mengenai kematian ayahnya awal pagi tadi.

Bapa Aizat, Datuk Amdan Mat Din meninggal dunia kerana angin ahmar pada jam 1.10 pagi Rabu.

Menerusi perkongsian yang sama, Aizat turut memberitahu yang proses pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Kampung Melayu Ampang sebelum dikebumikan selepas waktu Zohor.

Aizat pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapanya yang merosot selepas diserang strok buat kali keempat pada penghujung 2017.

Sejak itu, Allahyarham menjalani sesi rawatan dan pemulihan di beberapa hospital di ibu negara.

Semoga Aizat dan keluarga tabah menghadapi ujian ini. Ucapan takziah daripada kami. –KLICK.MY