Semasa

Bangkai Ular Sawa 8 Meter Ditemui

Rasanya baru dikejutkan dengan kematian seorang pekerja Indonesia apabila dia dijerut ular sawa di Terengganu. Kini satu lagi penemuan mengejutkan namun tidak melibatkan nyawa manusia.

Bau busuk yang menusuk hidung membawa kepada penemuan bangkai seekora ular sawa sepanjang lapan meter oleh pekerja pembersihan.

Kes ini berlaku di Kulim, Kedah dan menurut pekerja tersebut bangkai itu dijumpai tersangkut pada saluran paip yang ada di tepi longkang kawasan perumahan tersebut.

Bayangkan kalau ular tersebut masih hidup sudah tentu ia berbahaya kepada penduduk di situ terutamanya kanak-kanak.

Kematian ular tersebut mungkin disebabkan badannya tersekat di dalam salur paip ketika ia menyusur masuk.

Oleh kerana ular tersebut terlalu besar, ia terpaksa diangkat menggunakan jentolak untuk dimasukkan ke dalam lori sampah dan terus dibawa ke tempat pelupusan.

Nampak hal kecil tetapi seandainya malang tidak berbau, salah seorang penduduk atau binatang peliharaan di situ mungkin menjadi mangsa. Jadi, sama-samalah kita pastikan kawasan sekeliling rumah tidak mengundang binatang berbahaya itu.-KLICK.MY