Hiburan Sensasi Terkini Viral

Bangga, Nur Fathia Teruja Dapat Menemu Bual Tun Dr Mahathir

Ketepikan soal politik kerana ia tiada kena-mengena dengan hal tersebut. Apa yang mahu diceritakan di sini ialah keterujaan dan kegembiraan pelakon popular, Nur Fathia Latiff kerana dapat menemu bual mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Baru sahaja pulang dari menunaikan umrah, Fathia terus menyambung tugasnya apabil dilantik sebagai moderator untuk menemu bual tokoh kesayangan ramai itu.

Fathia memikul tanggungjawab itu dalam sebuah program yang dikenali sebagai Heart To Hard Talk yang berlangsung sebentar tadi.

Ia disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Tun Mahathir. Menurut Fathia dalam Instagramnya, dia amat bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang menjadi moderator.

Katanya, dia bukanlah seorang wartawan atau ahli politik. Dia hanya mahu bertanya soalan yang orang lain juga mahu tahu. Dia hanya mewakili para belia di luar dan memohon maaf seandainya soalan-soalan yang diutarakan tidak memenuhi kehendak ramai.

Apa-apapun, syabas diucapkan kepada Fathia kerana tidak semua orang berpeluang menemu ramah Tun Mahathir. –KLICK.MY