Luar Negara Terkini

Banduan Wanita Di Brazil Sertai Ratu Cantik Penjara

BANDUAN wanita di penjara Rio De Janeiro, Brazil sememangnya bertuah kerana diberikan peluang berasa bebas dan berhibur meskipun di penjara.

Setiap tahun banduan di pusat tahanan Talavera Bruce itu diberi kelonggaran menyertai satu pertandingan ratu cantik penjara.

Pada hari itu 10 banduan terpilih akan menukar pakaian seragam penjara kepada gaun cantik, kasut tumit tinggi, wajah disolek, rambut didandan dan melakukan ‘catwalk’ di hadapan kesemua 440 penghuni wanita di penjara itu.

Mereka akan diadili oleh juri dari segi kecantikan, daya tarikan dan pembawakan diri.

Program yang dikawal ketat itu bertujuan meningkatkan tahap keyakinan diri selain memberikan peluang mereka bertemu ahli keluarga masing-masing yang jarang  ditemui.

Pada hari inilah mereka melepaskan rindu memeluk anak-anak dan ahli keluarga yang hadir.

Banduan bagi kesalahan mengedar dadah, Michelle Rangel berkata dia tidak rasa seperti sedang berada di penjara.

“Jiwa saya bebas,’’ katanya yang merupakan pemenang bagi tahun lalu.

Tahun ini gelaran ratu cantik penjara itu diberikan kepada Mayana Alves. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen