Sensasi Terkini

Sedih, Banduan Lari Untuk Jumpa Emak

Sedih, sebak dan pilu mungkin menguasai tatkala anda melihat gambar yang disiarkan ini. Namun bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan buruk padahnya.

Begitulah yang dilalui oleh pemuda ini. Dia yang merupakan seorang banduan telah melarikan diri kerana mahu berjumpa dengan ibunya.

Kes berlaku di Segamat sebelum banduan berkenaan berjaya diberkas semula oleh pihak berkuasa.

Menurut sumber, lelaki ini ditangkap akibat kesalahan penyalahgunaan dadah.

Dia melarikan diri setelah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret, sewaktu diiringi oleh tiga anggota untuk menaiki kenderaan polis di perkarangan mahkamah di Jalan Genuang untuk dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Khabarnya, punca dia dapat meloloskan diri kerana saiz pergelangan tangan kanannya lebih kecil berbanding saiz gari kesan kecederaan akibat kemalangan beberapa tahun yang lalu.

Sebaik sahaja berjaya meloloskan diri, dia terus balik ke rumah untuk berjumpa dengan emaknya. Beberapa gambar tersebar menunjukkan dia sedang dipeluk oleh ibunya yang sudah berusia.

Momen tersebut menyebakan ramai netizen melahirkan rasa simpati dan kasihan namun pada masa sama wajar dijadikan pengajaran agar berfikir sebelum melakukan sebarang perbuatan yang boleh memakan diri di kemudian hari.

Ingatlah, syurga di bawah tapak kaki ibu. Jangan biarkan ibu menangis kerana kesalahan kita! Ambillah iktibar atas apa yang berlaku.