Hiburan Sensasi Terkini

Bakal Bergelar Ibu, Amyra Rosli Hamil 7 Minggu,

Wah, tahniah buat pasangan suami isteri, Amyra Rosli dan Amar Baharin kerana akhirnya saat-saat yang ditunggu telah tiba!

Amyra dikhabarkan telah hamil 7 minggu. Malah, Amyra sempat memuatnaik gambarnya terbaring bersama Amar di katil hospital dengan kapsyen gambar botol susu.

Dia dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit perut. Malah, kata Amar sebelum ini dia perasan isterinya telah menunjukkan simptom-simpton kehamilan.

Sudah tentu bukan mereka sahaja yang gembira tetapi juga peminat-peminat. Rata-rata mengucapkan tahniah walaupun tidak dijelaskan secara ‘direct’ oleh pasangan romantik ini di Instagram.

Namun menurut Mstar Online, pelakon jelita itu sudah hamil tujuh bulan. Sekali lagi diucapkan tahniah dan moga kandungan berada dalam keadaan sihat.

#RomantikaAstro #RomantikaAmyramar #SeeAustralia #SeeSouthAustralia #Amyramar #WildLifePark #EndlessLove

A post shared by Mrs Amar (@aamyrarosli) on

Selepas ini Amyra tak bolehlah terlalu kencang bekerja terutamanya ini adalah anak sulung mereka. Wah, tak lama lagi mereka bakal bergelar ibu dan ayah!-KLICK.MY