Sensasi Terkini

Bakal Bergelar Datin Muda, Elvina Mohamad Nikah 18 Mac Ini

Tidak terlalu awal untuk mengucapkan tahniah kepada pelakon muda, Elvina Mohamad apabila dia sendiri mengesahkan bakal bernikah dengan seorang usahawan dan selebriti dunia permotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac depan.

Menurut pelakon drama Bila Tuhan Berbisik ini, majlis pernikahannya nanti akan diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada pukul 3 petang.

Katanya lagi, keputusan untuk berkahwin dibuat selepas menyambut hari jadinya pada 25 Januari lalu.

“Kami berkenalan sejak dua tahun lepas dan mengambil keputusan untuk berkahwin selepas sambutan hari jadi saya baru-baru ini.

“Haniff seorang lelaki yang sangat memahami karier saya, dia orang yang simple dan kami ada keserasian dalam banyak perkara.

“Kalau orang kata saya terima dia kerana pangkat dan harta itu adalah tidak benar kerana saya kenal dia dua tahun lalu sebelum dia bergelar Datuk lagi,” kata gadis berusia 23 tahun ini.

Mengikut perancangan majlis pertunangan Elvina dan Mohd Haniff akan berlangsung pada pukul 2.30 petang hari sama seterusnya majlis persandingan akan diadakan pada 24 Mac 2018 di lokasi sama. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.