Hiburan

Baju Terlalu Ketat, Neelofa Dikritik Ketika Tampil Di KLFW 2018

PELAKON dan pengacara, Neelofa menjadi bahan kritikan umum di media sosial selepas diberi peluang menggayakan dan catwalk di pentas berprestij, semalam.

Acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2018) berlangsung selama lima hari anjuran kali keenam itu, menampilkan Neelofa dengan busana Maxmara.

Dalam video yang tular, Neelofa kelihatan memakai busana berwarna coklat sedang melakukan catwalk.

Namun, bajunya yang terlalu ketat di bahagian dada mendapat kritikan kerana dirasakan tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab.

Biarpun dikritik hebat oleh netizen namun tidak kurang ada juga yang mengagumi bakat pelakon wanita itu kerana mampu dan berani menggayakan imej berkenaan dengan jayanya.

Antara bintang-bintang Malaysia turut serta mengambil peluang menunjukkan kehebatan mereka beraksi di pentas KLFW 2018 seperti, Syafiq Kyle, Idris Khan, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Kavita Sidhu, Siti Saleha, dan Anzalna Nasir. –KLICK.MY

Tag