Hiburan

“Baik Saya Beli 10 Juta”-Neelofa Dituduh Beli ‘Followers’ Di Instagram

ADA sahaja yang tidak berpuas hati dengan pengacara dan pelakon Neelofa. Agaknya inilah nasib orang popular dan ramai pengikut di media sosial seperti Neelofa.

Baru-baru ini seorang individu menerusi laman sosial Twitter mendedahkan 10 senarai akaun Instagram popular di Malaysia yang mempunyai banyak pengikut palsu. Katanya jumlah tersebut disemak menggunakan aplikasi IG Audit.

Turut disenaraikan ialah anak pasangan artis, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar, Nora Danish, Mira Filzah, Uqasha Senrose, Amyra Rosli dan Zizan Razak.

Dalam temu bual bersama Berita Harian Online, Neelofa menjelaskan dia tidak pasti motif sebenar individu tersebut berbuat demikian.

Menurut Neelofa, dia menyedari mengenai penyebaran senarai terbabit, namun kurang pasti niat sebenar lelaki berkenaan berbuat demikian.

“Apabila dia menggunakan terma pengikut palsu, ramai yang mula beranggapan lain. Kenapa perlu dia berbuat begitu? Ia membuatkan ada orang salah faham apabila mereka ingat saya membeli pengikut di Instagram.

“Sebetulnya, dia patut menggunakan terma ‘bad followers’ atau mereka yang mengikut sekadar untuk menghentam. Mereka tidak ubah seperti ‘haters’ (pembenci).

“Daripada saya didakwa kononnya membeli lebih sejuta pengikut palsu, lebih baik saya beli 10 juta,” kata Neelofa berseloroh.

Apa yang mengejutkan, Neelofa mendakwa dia mengenali serba sedikit mengenai individu terbabit.

“Lelaki itu adalah kawan kepada kawan kakak saya. Saya difahamkan, dia individu yang sepatutnya diundang ke sebuah program TV bagi membincangkan topik mengenai perkara berkaitan pengikut di laman sosial,” jelasnya.

Kuatnya insan bernama Neelofa ini. Walaupun pelbagai kecaman dan taktik untuk memburukkannya, dia tidak mudah melatah sebaliknya tenang menghadapi situasi. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.