Luar Negara Terkini

Bahaya, Lelaki Temui Beri Beracun Di Taman Permainan Kanak-Kanak

Taman permainan sememangnya disukai oleh kanak-kanak. Di situ mereka boleh bermain sambil beriadah.

Namun, kanak-kanak yang bermain di taman permainan perlu ditemani oleh orang dewasa untuk mengelakkan kemalangan.

Walaupun alat permainan yang disediakan mesra kanak-kanak, ia masih boleh mengundang bahaya sekiranya tidak dipantau.

Berbeza di sebuah taman permainan di United Kingdom, seorang lelaki terkejut besar apabila menemui beberapa pokok beri yang didakwa beracun.

Ben Cijffers ketika itu mahu mengambil anak perempuannya di taman permainan tersebut. Namun dia curiga dengan pokok renek yang tumbuh di sebalik pagar yang ada di situ.

Setelah diamati, dia mendapati pokok renek tersebut adalah sejenis pokok beri yang beracun. Beri ini mampu memberi kesan buruk kepada kanak-kanak sekira mereka termakan buah ini. Malah, ada kes kematian melibatkan kanak-kanak yang memakannya.

Kemungkinan besar beri beracun ini telah dibawa oleh burung ke taman tersebut dan akhirnya tumbuh subur.

Sedar betapa bahayanya beri itu, dia lantas mengambil gambar dan memuat naik ke Twitter agar Majlis Bandaraya Cambridge mengambil tindakan.

Pegawai Majlis Bandaraya Cambridge telah memeriksa kawasan itu dan mengesahkan ia adalah beri jenis ‘black nightshade’.

Kemudian, mereka melupuskan tumbuhan berbahaya tersebut. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen