Semasa Sensasi Terkini Viral

Bahana Kereta Dipandu Melawan Arus, Seorang Maut

Sejak akhir-akhir ini makin menjadi-jadi pula perangai pelik pemandu di Malaysia apabila mereka memandu melawan arus.

Kes terbaru berlaku di Km 134, Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai apabila seorang remaja perempuan yang memandu kereta Gen2 biru dilihat melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Mangsa yang maut ialah pekerja kilang kerana tidak sempat mengelak. Mangsa  maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Kemalangan itu juga melibatkan beberapa lagi mangsa namun hanya cedera ringan. Apa yang membuatkan orang ramai, remaja perempuan tersebut dilaporkan memandu dalam keadaan mabuk.

Lihat, betapa bencananya apabila anda memandu dalam keadaan mabuk. Ia serupa juga kalau memandu sambil bermain telefon bimbit atau mengantuk.

Tak pasal-pasal kerana dia seorang, orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa. Menurut pihak polis, mereka sudah menahan serta mengambil sampel darah remaja perempuan tersebut.-KLICK.MY