Hiburan Sensasi Terkini Viral

Bade Masih Lelaki Terbaik Dalam Hidup Saya-Erma Fatima

Pengarah Erma Fatima menganggap bekas suaminya, pengarah Badaruddin Hj. Azmi atau Bade masih lelaki terbaik dalam hidupnya.

Meskipun disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Ogos lalu, menurut Erma hubungan dia dan Bade masih baik.

“Walau apapun, dia masih lelaki terbaik dalam hidup saya, cuma jodoh kami sampai di situ sahaja.

“Lagipun Bade pun ada datang ke rumah untuk berjumpa dengan anak-anak. Jadi, tidak ada masalah antara kami,” jelasnya.

Erma ditemui pada majlis pelancaran Malaysia Fashion & Business Mission To New York di Sunway Pyramid, 22 Ogos.

Erma akan membawa jenama Mak Cun untuk menyertai Couture Fashion Week New York bersama jenama Sara J dan Eja Shahril pada awal September depan.

Ditanya mengenai penerimaan anak-anaknya, Erma berkata, semua anak-anak angkatnya faham dengan apa yang berlaku melibatkan dia dan Bade.

“Mereka ada bertanya kepada saya apa yang berlaku dan saya beritahu apa yang terjadi. Mereka faham,” jelasnya.

Tambah Erma, sebolehnya dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal rumah tangganya dan menganggap dia telah membuka lembaran hidup baharu selepas bercerai minggu lalu. –KLICK.MY