Gaya Hidup Terkini

Awet Muda, Ibu Usia 40 Tahun Kelihatan Sebaya Anak Belasan Tahun

TAK berkelip mata saat menatap gambar-gambar Booker, seorang ibu kepada dua anak perempuan berusia 16 dan 18 tahun serta seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Booker, 40, bukan sahaja sekali pandang malah berkali-kali pandang pun masih kelihatan muda. Malah tidak melampau kalau dikatakan wajahnya tampak lebih muda daripada anaknya yang belasan tahun.

Booker (kanan)

Jadi, tidak hairanlah kalau gambarnya bersama anak-anak tular di laman sosial sehinggakan pengikut mereka di Instagram meningkat secara mendadak.

Ramai tidak percaya mereka adalah anak beranak.

“Dia bukan ibu tetapi adik perempuan mereka,” kata pengguna Instagram yang terkejut.

Malah, ada sesetengah netizen menuduh Booker menyamar sebagai ibu kerana mahukan perhatian.  Ada juga yang mendakwa Booker kahwin muda dan sebab itu anak-anak kelihatan sebaya dengannya.

Menurut Booker, dia akui agak tertekan dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Namun, dia tetap berfikiran positif.

Sungguhpun dikecam, dia tetap gemar berkongsi gambar-gambar bersama anaknya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen