Sensasi Terkini Viral

Awek Cun Jual Aiskrim, Tarik Perhatian Netizen Lelaki

Sebuah rakaman video menunjukkan seorang gadis cantik sedang memandu sebuah motosikal roda tiga menjual aiskrim sekitar Langkawi mengundang perhatian netizen.

Video ini tular sejak semalam di laman sosial. Dia membawa motosikal tersebut mengelilingi sekitar kampung. Menurut sumber, awek cun ini bernama Mimi.

Kelihatan ramai kanak-kanak membelinya. Namun ada netizen yang berpendapat video berkenaan adalah rakaman yang dibuat bukan dalam bulan puasa kerana tidak mungkin dia menjualnya pada siang hari pada bulan Ramadan.

Namun apapun, bukan itu persoalannya. Apa yang mahu diceritakan dalam video yang tersebar meluas ini adalah berkenaan dengan seorang gadis cantik yang sanggup berpanas hujan memandu motosikal menjual aiskrim.

Mungkin selepas tersebarnya video ini, rezeki gadis ini semakin murah dan bertambah pelanggannya. Rasa-rasanya bukan sahaja kanak-kanak yang membelinya, silap haribulan orang dewasa terutamanya lelaki akan turut membelinya.

Mungkin ada juga lelaki yang datang bukanlah semata-mata mahu membeli aiskrim tetapi mahu menatap wajahnya yang cantik. –KLICK.MY

Sumber: Metafora Anafora