Hiburan Sensasi Terkini

Awal Ashaari Selamat Jalani Pembedahan Buang Hempedu

Alhamdulillah, pelakon dan pengacara Awal Ashaari selamat menjalani pembedahan membuang hempedu yang mempunyai batu karang semalam.

Keadaannya kini semakin baik dan perlu berehat selama seminggu. Semalam Awal memuat naik gambarnya bersama Lana Alara yang kelihatan gembira dapat bertemu dan baring di samping Awal.

Awal juga berterima kasih kepada yang mendoakan kesihatannya. Malah dia sempat berseloroh dengan pengikutnya di Instagram berkenaan batu karang yang telah dibuang itu.

Selamat berbuka..

A post shared by Awal Ashaari (@awalashaari) on

Malah dia juga beri peluang kepada sesiapa yang ingin berkongsi tip mengalami pengalaman yang sama bersama dengannya. –KLICK.MY