Terkini Viral

Aubrey & Karl Sambut Birthday Kali Pertama

Geram je tengok anak kembar Datin Paduka Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden. Gelagat Aubrey dan Karl sering mendapat perhatian para peminat.

Rasanya mereka sekeluarga baru sahaja pulang dari percutian di Eropah. Bertuah si kembar ini, kecil-kecil lagi sudah bercuti ke luar negara.

Diam tak diam cepat sahaja masa berlalu. Rupa-rupanya Aubrey dan Karl sudah genap setahun pada 19 Februari ini.

Bagi meraikan mereka, majlis sambutan hari jadi telah diadakan di sebuah hotel dan dihadiri oleh saudara-mara, teman rapat dan rakan-rakan artis Eina Azman.

Meriah sekali majlis tersebut dengan tema ala-ala Hawai gitu. Bukan itu sahaja, kembar comel ini juga menerima begitu banyak sekali hadiah daripada tetamu yang hadir.

Malam sebelum tarikh lahir mereka, Eina Azman sempat memuat naik video ucapan dan lagu ‘Happy Birthday’ di Youtube.

Semoga Aubrey dan Karl menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Apa-apapun kami di sini ingin mengucapkan selamat Hari Jadi buat Aubrey dan Karl.