Hiburan Sensasi Terkini

Atikah Suhaime Mohon Media Jangan Tanya Kisah Silamnya Pada Awi

PADA 17 Mac lalu pasangan selebriti dari Singapura, Atikah Suhaime dan Awi Rafael telah mengikat tali pertunangan selepas lima bulan berkenalan.

Berkaitan: Dalam Diam Bercinta, Atikah Suhaime – Awie Rafael Bertunang

 

Mereka merancang untuk berkahwin pada Mac tahun depan.

Umum mengetahui sebelum ini, Atikah pernah terpalit dengan isu kontroversi yang mengaibkan. Kes tersebut akhirnya senyap namun ianya memberi kesan terhadap kerjaya Atikah.

Kini setelah bertunang dengan Awi, tidak mustahil ada pihak media akan cuba mengungkit kembali kes berkenaan, menyebabkan Atikah memberi pesanan sepertimana yang dilaporkan oleh mStar Online.

Dalam laporan itu, Atikah meminta pihak media tidak mengungkit dan bertanyakan kembali soalan berkaitan kontroversi yang pernah melanda dirinya itu kepada  Awi.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Suhaime, 27, berkata, perkara tersebut seperti tidak menghormati tunangannya itu.

“Saya harap dan mohon media tidak bertanya Awi tentang perkara lalu saya. Bukan apa, saya cuma rasa seperti tidak menghormatinya sebagai tunangan saya.

“Dia terima saya seadanya dan sejujurnya kami tidak pernah bercakap tentang itu sepanjang berkawan,” jelasnya.

Menurut Atikah, dia berasa lebih tenang selepas mengikat tali pertunangan. Malah Awi banyak memberi kekuatan dan semangat ketika dia berada dalam keadaan putus asa.

“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang sejak bertunang, dia banyak beri semangat terutama ketika saya rasa putus asa, masa saya hilang arah tujuan dan tidak tahu mana nak pergi. Sekarang saya sudah nampak kembali jalan hidup dan arah kerjaya saya,” ujarnya yang bakal berlakon dalam filem Indonesia.

Setiap orang pernah melakukan kesilapan dan tidak salah untuk mereka diberi peluang kedua. –-KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen