Sensasi Terkini Viral

‘Assalamualaikum Ustazah’ Nyanyian Tentera Laut Amerika Tular!

Perkongsian rakaman sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) menyanyikan lagu kumpulan Khalifah tular sejak minggu lalu.

Kumpulan kugiran ini dikenali sebagai US pacific Fleet Band ‘Pipeline’ dianggotai oleh Brent Mitchell (vokalis), Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson.

Rata-rata netizen memuji nyanyian suara vokalis yang sungguh merdu dan sangat fasih sebutan dalam berbahasa melayu.

Menerusi rakaman, dapat dilihat bagaimana pelat Inggeris yang dibawakan menjadikan lagu Assalamualaikum Ustazah ini seakan lebih unik dan lebih klasik.

Rakaman ini dikongsian oleh sebuah laman Facebook radio tempatan di Sarawak Cat FM.

US pacific Fleet Band hadir ke Malaysia bersempena program Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) anjuran Kementerian Pertahanan pada 19 April (Rabu) ini di dewan Auditorium Pustaka, Sarawak.-KLICK.MY