Gaya Hidup

“Arang Tidak Memutihkan Gigi”-Dr Amalina Jawab Pertanyaan Netizen

DEK kerana penangan lagu ‘serbuk arang gigi’ daripada iklan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, ramai yang tertanya-tanya benarkah serbuk arang boleh memutihkan gigi.

Justeru ada beberapa netizen mengemukakan soalan tersebut kepada Pakar Bedah England Dr Amalina Che Bakri.

Sebelum ini, Dr Amalina sering menjawab persoalan netizen berkaitan produk kesihatan dan kecantikan.

Jadi tidak hairanlah kalau pertanyaan mengenai serbuk arang gigi itu dijawab olehnya.

“Arang tidak memutihkan gigi. Based on published studies, there is no evidence that charcoal can whiten your teeth. It cleans your teeth but it DOES NOT whiten your teeth. (berdasarkan kajian, tidak ada bukti yang menunjukkan arang boleh memutihkan gigi. Ia boleh membersihkan gigi tetapi tidak memutihkan gigi).

“Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis, ‘it can weaken your enamel’,” jelasnya.

Malah, rentetan daripada perkara itu, ada beberapa netizen turut bertanya mengenai produk pemutih gigi kepada Dr Amalina.

“Jadi, macam mana nak putihkan gigi dengan cara yang betul dan sihat, doc?”

“Jumpa doktor gigi. ‘Dentist’ yang betul, bukan yang fake (palsu) pula,” jawabnya.

Malah ada antara sesi soal jawab itu dilihat agak lucu dengan jawapan bersahaja daripada Dr Amalina.

Dr Amalina pernah melakar sejarah negara dengan mencatatkan keputusan cemerlang 17A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004. –KLICK.MY