Semasa Terkini Viral

Arab Saudi Tak Benar Jemaah Lawat Ladang Kurma, Gua Hira’

KELMARIN Kementerian Haji dan Umrah, Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan larangan melawat kawasan-kawasan tertentu ketika menjalani ibadah umrah dan haji kerana sering berlaku aktiviti tidak baik (bidaah) selain terdapat banyak kes jemaah terjatuh semasa mendaki di kawasan-kawasan tersebut.

Antara kawasan-kawasan yang dilarang adalah ladang kurma di Madinah, Ziarah Bani Saad di kawasan Halimatus Saadiah, Masjid Kuu’ dan Masjid Ibn Abbas di Taif, Masjid Siti Rahmah / Masjid Terapung di Jeddah, menziarah Jabal Tsur dan Jabal Nur serta Gua Hira’ di Makkah.

Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan tersebut masih boleh dilawati dengan syarat, memohon permit daripada pihak kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu.

Jika larangan ini dilanggar, pihak agensi dan pihak Muassasah perlu menanggung denda sebanyak SR5000 (RM 5,192).

Berkenaan tentang mendaki Jabal Nur dan menziarahi Gua Hiraa, semua jemaah umrah yang datang ke Makkah dilarang sama sekali untuk melawat kawasan berkenaan selepas tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan iaitu 19 April 2018.

Kerajaan Arab Saudi bertindak sedemikian kerana di kawasan-kawasan yang ditutup itu berlaku banyak aktiviti bidaah dan khurafat selain  peningkatan kes jemaah yang jatuh ketika mendaki bukit.

Pihak Lembaga Tabung Haji  telahpun memberi  pengesahan  mengenai penutupan beberapa kawasan ini. —KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen