Sensasi Viral

Apabila Orang Luar Lebih Bangga Guna Kereta Proton

Tidak boleh dinafikan ada antara kita rakyat Malaysia yang malu nak pakai kereta buatan Malaysia seperti Proton. Katanya kereta tempatan tidak bagus dan tak stylo!

Itu pendapat orang kita tetapi bagaimana pula pendapat orang luar? Jangan terkejut ya kalau anda pergi ke Turki dan tiba-tiba melihat kereta Proton gah meluncur di jalan.

Jenama Proton telah dibawa masuk ke Turki seawal tahun 1993 lagi dengan jenama Proton Wira untuk pertunjukan kereta.

Kemudian ada beberapa tahun lagi, ia dibawa masuk untuk mencuba pasaran di sana. Terbaru, pada tahun 2004, Proton sekali lagi dibawa masuk hinggalah ke hari ini.

Kisah seorang anak muda Turki, Hami Akyuz, 19, yang setia menggunakan kereta Proton mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Apa yang membanggakan, menurut anak muda ini dia telah menggunakan sekurang-kurangnya 18 jenis kereta Proton sejak lapan tahun lalu dan masih setia dengan jenama tersebut hingga hari ini.

Selain Hami, rupa-rupanya ada lagi anak muda Turki yang menggemari kereta Proton dan menurut mereka Proton adalah sebuah kenderaan yang berkualiti, selesa dan mampu beli.

Malah di sana juga ada kelab kereta Proton dan mereka sering berhimpun bersama-sama sambil bertukar pandangan dan idea.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia sepatutnya anda berbangga menggunakan produk tempatan.-KLICK.MY

Tag