Hiburan Sensasi Terkini

Apabila Afdlin Shauki Komen Tentang Majlis Anugerah

Beberapa hari lalu industri hiburan kita menyaksikan sebuah majlis yang diberi nama Anugerah MeleTop Era 2017 berlangsung.

Anugerah ini memberi peluang kepada peminat-peminat setia untuk memilih dan mengundi artis kesayangan mereka dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Majlis yang dihoskan oleh Nabil, Neelofa dan Johan ini menyaksikan beberapa artis pilihan menang termasuklah pengacara majlis tersebut.

Ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi, ia perkara lazim apabila sesebuah majlis diadakan. Dalam banyak komen dan ulasan mengenai majlis tersebut, ada komen daripada artis senior iaitu Afdlin Shauki menarik perhatian.

Dalam komen yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon dan pengacara popular itu mengulas secara umum mengenai majlis penganugerahan yang melibatkan populariti.

Apabila disebut popularit, pastilah ia berkait dengan undian peminat. Namun yang tidak sedapnya, undian itu bukanlah datang semata-mata daripada peminat tetapi pihak-pihak tertentu yang campur tangan.

Mereka mengundi artis-artis yang menjadi jurucakap atau duta jenama mereka untuk kepentingan sendiri. Jadi, mana-mana artis yang menang bukanlah dipilih mutlak oleh peminat setia mereka tetapi ada tangan lain yang mengundi.

Apabila difikirkan, ada logiknya juga kata-kata Afdlin Shauki ini. Patutlah puas peminat undi tetapi artis mereka tak menang juga. Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang diperkatakan oleh Afdlin ini.-KLICK.MY