Hiburan Sensasi Terkini

Anuar Zain Takut Hilang Suara Lagi

Penyanyi terkenal bersuara lantang, Anuar Zain masih takut dan bimbang suaranya akan hilang lagi dan sudah pasti ia akan mengecewakan peminat.

Menurut Anuar, pembatalan konsert merupakan sesuatu yang amat menyedihkan buatnya.

Hal berikut diluahkan kepada media selepas program Anuar Zain Album Tour 2017 anjuran Mydin di Pasar raya Mydin Pulau Sebang, baru-baru ini.

Sebelum ini adik kepada Ziana Zain ini terpaksa membatalkan konsert Yonder Music Live Series by The Lake-Anuar Zain and You pada 21 Januari lalu kerana dia disahkan mengidap ‘larygitis’ sehingga suaranya hilang.

Kerana penyakit itu, Anuar Zain terpaksa berehat selama tiga minggu.

Sememangnya Anuar Zain mempunyai aura tersendiri kerana mempunyai peminat setia malah ada yang begitu fanatik.

Letak sahaja berapa pun harga tiket, ia pasti ‘sold out’. Peminat seperti inilah yang kita cari dan bukannya yang hanya mengharapkan konsert percuma.

Buat peminat kepada pelantun lagu Lelaki Ini ini, anda boleh lepaskan kerinduan kerana Anuar Zain akan membuat konsert di enam lokasi pasar raya Mydin termasuk tiga di semenanjung dan tiga lagi di Sarawak.-KLICK.MY