Hiburan

Anuar Zain Selar Netizen Kurang Ajar Beri Komen Tanpa Usul Periksa

UMUM mengetahui kemelut rumah tangga yang menimpa penyanyi bernada tinggi, Ziana Zain sekarang.

Setelah sekian lama memendam perasaaan dan merahsiakan apa yang berlaku, akhirnya pelantun lagu Madah Berhelah itu membuka mulut.

Berkaitan: Ziana Zain Dedah Suami Pernah Cilikan Kemaluan Anak Kembar

Namun, pendedahan Ziana itu memberi reaksi berbeza daripada netizen. Ada netizen yang tidak tidak bersetuju penyanyi berkenaan menceritakan keburukan suami kepada umum.

Malah, lebih teruk ada segelintir melemparkan kata-kata kesat dan tuduhan kepada Ziana. Terkesan dengan apa yang dilalui oleh kakaknya, penyanyi Anuar Zain tampil memberi kenyataan.

Lapor Harian Metro, Anuar meminta supaya netizen tidak menulis sesuatu perkara negatif dan membuat spekulasi mengenai situasi rumah tangga kakaknya itu.

Menurut penyanyi lagu Sedetik Lebih itu, tindakan netizen yang menulis sesuka hati dianggap sebagai kurang ajar.

“Netizen kadang-kadang menulis sesuatu di media sosial tanpa usul periksa dan saya boleh katakan kurang ajar. Mereka suka menulis bukan-bukan tanpa tahu hujung pangkal.

“Kalau boleh, hormatlah kakak saya dan situasi yang terpaksa dihadapinya sekarang,” katanya.

Anuar juga berkata, sebagai adik, dia kagum dengan kekuatan kakaknya yang mampu bertahan dalam perkahwinan yang hampir mencecah usia 20 tahun.

“Kakak saya seorang wanita yang setia. Saya kenal hati budinya. Anak-anaknya pun lagi rapat dengan kakak kerana dia penyayang.

“Kalau marah, ada jugalah sikit tetapi, tidaklah sehingga menakutkan anak-anak. Sesibuk mana pun kakak saya bekerja, dia tetap akan beri perhatian kepada anak-anaknya”, ujarnya.

Kelmarin, Ziana ditemani Anuar hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk sebutan kes penceraiannya dengan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri selepas memfailkan penceraian pada 3 April lalu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen