Hiburan Terkini Viral

Anis Al Idrus Buat Sidang Media, Umum Kahwin Julai Depan

Semalam berlangsung sidang media pelakon dan model, Anis Al Idrus dengan tunangnya, Aiman Rafzan.

Dalam sidang media tersebut, mereka mengumumkan akan bernikah pada 7 Julai depan. Selain itu, Anis atau nama penuhnya Sharifah Anis Syed Zainal Idrus menceritakan kepada pihak media bagaimana perkenalan antara mereka berdua berlaku.

Menurut Anis, dia diperkenalkan oleh adik perempuan Aiman sendiri yang merupakan sahabat baiknya.

Setelah diperkenalkan, hubungan mereka semakin rapat hinggalah ke peringkat seterusnya. Akhirnya mereka buat keputusan untuk bertunang pada 24 Mac lalu dan seterusnya ke gerbang perkahwinan.

Semoga segalanya berjalan lancar.

Sebelum ini Anis pernah menjalinkan hubungan dengan aktor Sharnaaz Ahmad dan Raja Afiq. Bagaimanapun hubungan mereka tidak berkekalan. –KLICK.MY