Hiburan

Andy Lau Hadir Meraikan Kejayaan Filem Pecah Panggung HKL

KEJAYAAN filem Hantu Kak Limah (HKL) yang kini mengutip 36 juta sejak 28 hari tayangan menarik perhatian pelakon terkenal Hong Kong, Andy Lau.

Andy,57, mengucapkan tahniah kepada produksi filem HKL atas kejayaan mencapai kutipan pecah panggung filem tersebut.

Menurut Andy, ia adalah kejayaan besar untuk semua yang bertungkus-lumus menyiapkan naskhah tersebut.

“Tahniah untuk filem Hantu Kak Limah, ini merupakan satu kejayaan besar untuk kita semua,” katanya ringkas ketika hadir di majlis makan malam meraikan kejayaan filem tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam tadi.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa kaitan pelakon filem Shaolin itu dengan filem HKL hingga dia sanggup turun ke Malaysia.

Andy merupakan salah seorang pengasas syarikat gergasi produksi Infinitus Entertainment Group yang juga merupakan selaku penaung Infinitus Gold.

Majllis itu juga turut dihadiri pengasas bersama iaitu Datuk Robin Tan, Penerbit Eksekutif Hantu Kak Limah, TP Lim, Penerbit Gayatri Su-Lin Pillai dan pengarah Mamat Khalid.

Barisan pelakon yang turut hadir pula ialah Zul Ariffin, Datuk Awie, Delimawati, Mus May, Jue Aziz dan Ropie.

Dalam majlis yang sama, Andy turut mengumumkan pemberian bonus kepada semua tenaga produksi yang terlibat.

Filem ini merupakan terbitan Infinitus Gold bekerjasama dengan Astro Shaw. KLICK.MY

Sumber: mStar Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.