Hiburan

“Anak Sakit Bukan Cerita Sensasi”-Ibu Puteri Balqis Kesal Pertanyaan Rakan

BARU-BARU ini tular di media sosial dan akhbar tentang berita mengenai pelakon cilik, Puteri Balqis yang dikatakan mengidap kanser.

Terdahulu, Puteri Balqis pernah mengalami demam berpanjangan pada Mei lalu di samping kerap muntah dan disahkan mempunyai masalah jantung.

Berkaitan: Demam Masih Tak Berhenti, Puteri Balqis Hidap Kanser

Rata-rata netizen mendoakan kesembuhan Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish.

Namun, ada individu yang membuatkan ibu Aqish, Norashikin Mohd Aziz ‘naik angin’ kerana menganggap berita tersebut sebagai berita sensasi dan hangat.

Tegas Norashikin, keadaan anaknya itu bukan sesuatu berita yang perlu dihangatkan atau disensasikan.

“Bila orang DM/whatsapp kau: ‘babe, aku ada dengar berita sensasi ni, cerita panas anak kau sakit?'”

Jawapan gua (saya): Anak sakit bukan berita hangat/cerita sensasi, syaitan. Gua (saya) bukan makcik bawang,” tulisnya.

Tak salah nak bertanya khabar namun gunakanlah bahasa yang tidak menggores hati dan perasaan orang lain.

Benar kata ibu Aqish, sakit kronik seperti kanser bukanlah satu berita yang hangat atau sensasi. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.