Hiburan

Anak Pelawak Chot Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung

ALLAH SWT lebih menyayanginya. Pelawak dan penyampai radio, Chot (XOXO) berkongsi berita sedih mengenai pemergian putera kesayangannya, Muhd Sher Harraz, pukul 8.40 pagi tadi di Instagram.

Menurut Chot, keadaan Harraz lemah dan perkongsian tersebut telah mengundang sebak para pengikutnya.

Kata Chot lagi, Harraz yang mengalami masalah injap jantung terbalik mula menunjukkan respon positif ketika berada di wad Hospital Besar Melaka empat hari lalu.

“Alhamdulillah, Harraz senyum hari ni…Oksigen dia dah stabil, dah ada tanda bernafas sendiri cuma dibantu sikit dengan oksigen daripada mesin.

“Segala jarum di badan sudah dicabut yang tinggal hanya ubat untuk jantung saja. Allahuakhbar…Berkat doa keluarga, sahabat dan kalian Harraz sedikit demi sedikit tunjuk respon positif.

“Saya dan isteri hanya mampu sampaikan doa buat semua yang concern dengan keadaan Sher Harraz. Semoga segala urusan kita bersama dipermudahkan,” tulisnya.

Bagaimanapun, Allah lebih menyayangi Sher Harraz dan jenazah anak syurga itu akan dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Felcra Ramuan Cina, Lubok Cina Melaka.

Berita sedih ini turut mengundang sebak di kalangan rakan-rakan pelawak lain yang mengucapkan takziah menerusi laman IG masing-masing.

Semoga Chot dan isteri tabah hadapi ujian Allah. –KLICK.MY