Hiburan Terkini

Anak Pelawak Azrul Zaidi Masuk ICU Akibat Jangkitan Kuman

PELAWAK, pelakon dan pengacara Asrul Zaidi Jamaluddin, 44, atau sebelum ini dikenali sebagai Azrul Cham meminta orang ramai mendoakan agar anaknya, Nur Raudhah Batrisya kembali sembuh.

Difahamkan, anak bongsu Azrul sudah 13 hari berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Dua hari lalu doktor sudah ambil air dari tulang belakang untuk kaji kuman apa yang masih aktif, sebelum kuman itu merebak ke otaknya.

“Moga doa kalian akan menyembuhkan anakku ini… amin,” tulisnya di Instagram peribadi, tiga hari lalu.

Menerusi posting terbaru, Azrul memaklumkan anaknya kini berada dalam keadaan stabil namun masih dalam pemantauan.

“Semoga jemari ini kembali menampar muka ku tiap pagi. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesejahteraan Nur Raudhah Batrisya.

“Keputusan kuman masih belum diketahui. Teruskan berdoa,” jelasnya diikuti tanda pagar #doafornurraudhahbatrisyia dan #prayingfornurraudhahbatrisyia.

Sama-sama kita mendoakan agar anak Azrul kembali sembuh seperti sediakala. –KLICK.MY