Luar Negara

Anak Main Telefon Pintar, iPhone Wanita Ini Terkunci 47 Tahun

TELEFON pintar memang sifatnya melindungi privasi dan keselamatan data penggunanya tapi kadangkala apabila fungsinya terlalu pintar ia boleh menyusahkan pemiliknya kembali.

Seorang wanita di Shanghai berdepan masalah apabila anak lelakinya yang berusia 2 tahun, tanpa disedari mengunci telefonnya untuk tempoh 47.78 tahun (25,114,984 minit) akan datang.

Menurut laporan penyiar berita CTV yang berpangkalan di tanah besar, kanak-kanak itu berulang kali memasukkan kata laluan yang salah ke dalam iPhone milik ibunya, menyebabkan tempoh penguncian meningkat untuk setiap percubaan.

Tidak dapat dipastikan dengan tepat berapa kali percubaan dengan kata laluan salah telah dibuat oleh si kecil itu.

Bercakap kepada agensi berita tersebut, wanita itu, yang bernama Lu, tidak mahu membuat ‘reboot’ pada telefonnya kerana langkah itu akan menyebabkan dia kehilangan semua fail, foto dan nombor telefon yang disimpannya.

Malangnya, menunggu hampir lima dekad bukanlah satu pilihan yang realistik sama sekali.

“Saya tak dapat tunggu lebih dari 40 tahun.

“Dalam masa 40 tahun akan datang saya mungkin dah tak boleh bercakap. Malah saya mungkin akan bergurau dengan cucu saya ‘ini semua salah bapa kamu,” kata Lu.

Bagaimanapun, Lu bukan orang pertama yang berdepan sekatan selama 47 tahun.

Seorang juruteknik menerangkan kepada CTV bahawa ini terjadi apabila terlalu kerap kod laluan yang salah dimasukkan bagi sesebuah telefon yang mana ia digunakan untuk melindungi privasi dan data pengguna.

Dia menjelaskan, jika sekali kod laluan salah dimasukkan, telefon tidak boleh digunakan selama satu minit, kemudian lima minit dan kemudian setengah jam.

A factory reset should return the phone to full capacity and bypass the long wait. If you've kept a backup, the phone will be restored as it was before the locking incident (stock image)

Selepas itu, masa telefon ‘lumpuh’ adalah rawak dan juruteknik itu berkata iPhone mungkin akan dimatikan selama 80 tahun.

Apabila ditanya apa yang dapat Lu lakukan untuk mengakses telefonnya, juruteknik itu menjawab: “Tidak ada cara untuk menyelesaikannya melainkan dia mengubah semula sistem. Semua fail tidak boleh dipindahkan.”

Bercakap kepada agensi berita tersebut, wanita itu, yang bernama Lu, tidak mahu membuat ‘reboot’ pada telefonnya kerana langkah itu akan menyebabkan dia kehilangan semua fail, foto dan nombor telefon yang disimpannya.

Malangnya, menunggu hampir lima dekad bukanlah satu pilihan yang realistik sama sekali.

“Saya tak dapat tunggu lebih dari 40 tahun,” kata Lu.

“Dalam masa 40 tahun akan datang saya mungkin dah tak boleh bercakap. Malah saya mungkin akan bergurau dengan cucu saya ‘ini semua salah bapa kamu’.”

Bagaimanapun, Lu bukan orang pertama yang berdepan sekatan selama 47 tahun.

Seorang juruteknik menerangkan kepada CTV bahawa ini terjadi apabila terlalu kerap kod laluan yang salah dimasukkan bagi sesebuah telefon yang mana ia digunakan untuk melindungi privasi dan data pengguna.

Dia menjelaskan, jika sekali kod laluan salah dimasukkan, telefon tidak boleh digunakan selama satu minit, kemudian lima minit dan kemudian setengah jam.

Selepas itu, masa telefon ‘lumpuh’ adalah rawak dan juruteknik itu berkata iPhone mungkin akan dimatikan selama 80 tahun.

Apabila ditanya apa yang dapat Lu lakukan untuk mengakses telefonnya, juruteknik itu menjawab: “Tidak ada cara untuk menyelesaikannya melainkan dia mengubah semula sistem. Semua fail tidak boleh dipindahkan.”–KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.