Sensasi Terkini Viral

Anak Koyak Wang RM31 Ribu Saat Ditinggalkan Sendirian Di Rumah

Gara-gara meninggalkan anak kecil seorang diri di rumah, sepasang suami isteri ‘meraung’ dek kerana wang kertas bernilai 50,000 yuan atau RM31,000 dikoyak oleh anaknya itu.

Kejadian berlaku di Qingdao, China apabila anak kecil berusia lima tahun ditinggalkan sendirian oleh ibu bapanya.

Dalam kejadian 20 Mei lalu, bapa kanak-kanak itu membawa wang kertas yang dikoyak itu ke bank untuk menukar dengan not baru namun diberitahu dia perlu menyambung not terbabit sebelum boleh ditukar.

Kanak-kanak berkenaan menemui wang kertas berkenaan dalam rumah dan ketika bermain, mengoyak not terbabit menjadi cebisan kecil.

Bapanya yang dikenali sebagai Gao adalah peniaga dan wang berkenaan adalah pinjaman daripada bank.

Menurutnya, banyak not terbabit dikoyak menjadi cebisan kecil menyebabkan sukar untuk disambung.

Pengajarannyaa, lain kali jangan tinggalkan anak kecil sendirian di rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Nasib baik wang yang dikoyak itu tidak meragut nyawa.

Bayangkan kalau anak kecil itu terjumpa senjata tajam dan bermain dengannya? Sudah pasti ia mengundang bahaya. –KLICK.MY

Tag