Semasa

Cacing Nyale, Rupa-Rupanya Makanan Tradisi Lombok

Kecoh apabila klip video seorang ibu menyuapkan anak kecil sepinggan cacing tersebar baru-baru ini. Rata-rata yang menontonnya kembang tekak dan berasa jijik. Ramai yang mengutuk dan mencaci padahal mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Video tersebut dimuatnaik oleh Deri Lioni yang berasal dari Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia di laman Facebooknya. Kononnya mahu berkongsi pengalaman dan tradisi mereka namun sebaliknya yang terjadi.

Kalau dilihat memang rasa nak muntah. Maklumlah cacing adalah haiwan yang menjijikkan. Tiba-tiba menjadi makanan ala-ala mi goreng basah gitu.

Namun itulah realiti yang berlaku di negara jiran kita iaitu Lombok, Indonesia. Salah faham ini berlaku kerana ramai yang tidak tahu tentang makanan unik di tempat tersebut.

Setiap tempat di dunia ini pasti berbeza dari segi budaya dan makanannya. Jadi, usahlah mengeji dan hormatlah tradisi orang lain.

Cacing yang dikenali sebagai nyale itu adalah hidupan laut dan ia hanya muncul setahun sekali sahaja. Setiap kali musimnya, di pantai sekitar Lombok ibarat pesta menangkap nyale. Pelbagai masakan dihasilkan melalui cacing tersebut.

Seperti juga di tempat kita iaitu di Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan ulat sagu atau ulat mulong. Bagi yang tidak biasa mungkin ia menjijikkan namun yang sudah biasa, ia begitu enak sekali.-KLICK.MY