Luar Negara Terkini

Anak Harimau Bengal Cuba Diseludup Berjaya Diselamatkan

PIHAK berkuasa  Mexico terkejut apabila menjumpai seekor anak harimau Bengal di dalam sebuah kotak plastik.

Anak harimau itu ditemui oleh anjing milik Polis Persekutuan ketika menjalankan pemeriksaan rutin ke pejabat pos di bandar Tlaquepague di negara jiran Mexico, Jalisco.

Anjing terlatih itu mengesan bunyi dan pergerakan di dalam bekas plastik dan para pegawai dengan cepat memeriksanya dan mendapati ia mempunyai lubang udara. Kotak plastik itu dibalut dengan pita.

Apabila pegawai membuka kotak itu, mereka terkejut melihat seekor anak harimau Bengal di dalamnya.

Anak harimau itu kelihatan lemah dan terbaring di dalam kotak yang berlapikkan surat khabar tanpa dibekalkan makanan atau air.

Menurut Polis Persekutuan anak harimau itu daripada spesies terancam ketiga yang dirampas pada minggu ini.

Sebelum ini harimau Bengal betina ditemui di sebuah syarikat pos di Xoxocotlan di Oaxaca sementara harimau jaguar ditemui ditinggalkan di dalam sangkar di tepi jalan di Chihuahua.

Harimau Bengal dianggap spesies terancam oleh Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Alam (IUCN).

Harimau adalah sejenis kucing liar terbesar yang masih hidup hari ini dan merupakan haiwan kebangsaan bagi negara India dan Bangladesh. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen