Hiburan Terkini

Anak Dara Shah Rukh Khan Hias Muka Depan Majalah Vogue

NAMA Shah Rukh Khan tidak perlu diperkenalkan lagi kerana aktor ini sememangnya dikenali ramai.

Namun, kalau disebut Suhana Khan pasti ramai yang tidak kenal dengan nama tersebut sehinggalah anda mengetahui gadis itu adalah anak kepada Shah Rukh Khan.

Biarpun tidak dikenali seperti mana bapanya, Suhana Khan mula berjinak-jinak dengan dunia glamour dengan memulakan kerjayanya dalam industri seni sebagai penghias majalah Vogue India.

Suhana yang berusia 18 tahun merupakan anak kedua Shah Rukh Khan bersama Guari Khan dan bersekolah di London sejak berusia 16 tahun.

Gadis itu memberitahu dia berpindah adalah mahu berdikari dan lebih yakin dengan diri sendiri.

Katanya, dia juga lebih menghargai tanah airnya India selama berada di perantauan.

Dia juga mengakui sedang menyiapkan portfolionya untuk program lakonan di Los Angeles.

Shah Rukh Khan yang mengumumkan muka depan itu pada Vogue Beauty Awards berharap anaknya bakal menjadi bintang yang menyinar suatu hari nanti.

“Aku beruntung dapat bekerjasama dengan ramai wanita fantastik dan aku harap anakku boleh menjadi salah seorang daripada mereka suatu hari nanti,” ujarnya.

Suhana mempunyai rancangan untuk menjadi seorang pelakon dan kedua-dua orang tuanya sudah menyedari hal tersebut selepas melihat dia beraksi di panggung teater. –KLICK.MY