Hiburan Sensasi Terkini

Anak Dara Fauzi Nawawi Perolehi 10A Dalam SPM 2016

Alhamdulillah dan tahniah kami ucapkan kepada Fauzi Nawawi kerana anaknya berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2016 yang telah diumumkan.

Hana Farisha berjaya memperolehi keputusan cemerlang 10A dan itu telah membuatkan Fauzi bangga sebagai ayah.

Fauzi telah memuat naik hal berkenaan di Instagramnya dan menyatakan tiada halangan untuk berjaya selagi ada usaha.

Rata-rata ‘followers’ mengucapkan tahniah kepadanya dan juga Hana. Rasanya sebelum ini pun salah seorang anaknya yang lain pernah juga mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.

Wah, selepas ini Hana bolehlah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Agak-agaknya mana satulah universiti pilihan anak dara Fauzi ini.

Apa yang pasti, Lisdawati turut berkongsi kegembiraan kerana hubungan pelakon jelita ini dengan anak-anak tirinya begitu rapat.

Selain Fauzi, rasanya ramai lagi anak artis yang turut menerima keputusan cemerlang dalam SPM 2016. Apapun, sekali lagi kami ucapkan tahniah.-KLICK.MY