Sensasi Terkini Viral

Alyah Nafi Dibayar RM300 Untuk Program Malam Raya Stesen TV

Baru-baru ini pengarah muzik, Datuk Ramli MS memuat naik status yang cukup panas apabila meluahkan rasa marahnya terhadap satu stesen televisyen yang hanya membayar RM300 kepada artis  bagi menjayakan program malam raya.

Tok Ram mempersoalkan bayaran RM300 itu tidak berbaloi pada zaman sekarang dan menasihat mana-mana artis agar tidak menerima sebarang tawaran dengan harga serendah itu.

Tidak menyatakan siapa artis berkenaan dan stesen televisyen mana, ramai pihak tertanya-tanya sama ada artis yang dimaksudkan itu isteri Ramli, Datin Alyah?

Menurut laporan Harian Metro, Alyah menafikan bahawa beliau adalah artis berkenaan dan katanya, dia tidak masuk campur dengan status Facebook suaminya itu.

“Ramai pihak bertanyakan perkara ini kepada saya, kalau bukan rakan yang beritahu memang saya tidak ambil tahu pun. Ingin dijelaskan individu yang dimaksudkan itu bukan saya.

“Bukan apa, selama ini saya dan suami menguruskan kerjaya masing-masing. Jadi apabila status itu tular di Internet, saya tak pasti siapa yang dimaksudkan. Saya pun tak bertanya kepada suami, ”katanya.

Betul juga apa yang diluahkan Tok Ram itu, pada zaman ini, RM300 nak bayar jurusolek profesional pon tak lepas kan?–KLICK.MY