Hiburan Sensasi Terkini

“Allah Bagi ‘Honeymoon’ 10 Tahun Berdua.. Kelak Bertiga”

JELAS kelihatan riak gembira pelakon Adam Corrie ketika berkongsi perkhabaran dia dan isteri bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Manakan tidak, sudah 10 tahun dia dan isteri menanti cahaya mata dan akhirnya Allah SWT makbulkan. Perkhabaran gembira itu dikongsikannya di Instagram.

Momen gembira itu turut dirasai oleh para peminatnya.

Menurut Adam, dia bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka.

“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanMu. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami.

“Allah sudah bagi honeymoon 10 tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula,” tulisnya.

Adam turut berkongsikan doa semoga bayi dalam kandungan isterinya sihat dan sempurna dan tidak lupa, mendoakan agar anaknya itu taat pada perintah agama.

“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan al-Quran dan tinggikanlah darjat. Luaskanlah rezeki dan jadikanlah bagi manusia yang selamat di dunia dan akhirat serta taat pada agama dan Allah.

“Kami doakan juga pasangan yang masih berusaha dapatkan zuriat diberikan zuriat yang soleh dan solehah. Aamin allahumma aamin. Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” kata Adam.

Benarlah kata orang, kesabaran pasti ada hikmahnya. 10 tahun menunggu dan akhirnya doa mereka dimakbulkan. Tahniah Adam dan isteri! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.