Viral

Aliff Syukri ‘Tinggalkan’ Anak Demi Mengajar Mereka Hidup Susah

SIAPALAH Datuk Seri Aliff Syukri tanpa kontroversi. Apa yang dilakukannya sering mendapat keceman netizen. Namun bagi usahawan kosmetik terkenal ini, semua itu tidak menjadi kudis buatnya.

Kelmarin Aliff dikecam lagi gara-gara memuat naik video menunjukkan dirinya sedang ketawa ketika melihat orang ramai berebut duit dalam sebuah karnival membeli-belah di ibu negara.

Walaupun dia hanya melancarkan sesi ‘hujan duit’ itu, namun tindakannya yang ketawa seolah-olah memperkecilkan dan menghina orang kurang mampu berebut wang bertaburan membuatkan netizen tidak puas hati.

Seperti biasa pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya. Sungguhpun begitu, video berkenaan menerima ratusan ribu penonton.

Terbaharu, Aliff sekali lagi memuat naik dua video di Instagramnya. Kali ini video berkenaan memaparkan pengorbanannya sebagai ibu bapa yang mahu melihat anak-anaknya belajar hidup susah.

bkn senang nak didik anak supaya tau mcm mana erti kesusahan.. @ammarahyan @qadejah @baem_adham . . Saya mmg mengimpikan anak2 saya dihantar ke rumah orang yg biasa untuk belajar erti susah dan jgn terlalu selesa bila mempunyai mak ayah yg senang…berat sebnarya nak berpisah apatah lagi tgk semua menangis sampai saya sendiri berbelah bahagi nak teruskan atau tidak…tapi kami suami isteri tekad…ini cara kami didik anak kami.. supaya lebih dengar kata.. inyallah lps ni sy nak hntar sekolah pondok mcm sy dulu.. . . kalau nak tngok sambungan kehidupan sy dan family boleh subscribe youtube saya tvterlajaklaris kalau nak tngok episode mcm mana mereka meneruskan kehidupan tnpa kami.. @aididmarcello @mqproduction

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Dua video berkenaan menunjukkan ketiga-tiga anaknya iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun, dihantar ke sebuah rumah, dipercayai selama seminggu untuk belajar bagaimana hidup susah dan berdikari.

Menerusi dua video tersebut, kelihatan anak bongsu Aliff, Ibraheem atau lebih mesra dipanggil Baem menangis kerana ditinggalkan oleh usahawan itu dan isteri di sebuah rumah yang tidak diketahui lokasi dan pemiliknya yang hidup serba kekurangan.

Walaupun hanya kedengaran Baem menangis, namun dua lagi anak pasangan itu, Ammar dan Qadejah turut dilihat bersedih.

Aliff menjelaskan, dia mengimpikan anak-anaknya dihantar ke rumah itu untuk belajar erti susah dan tidak terlalu selesa dengan kemewahan.

“Berat sebenarnya nak berpisah apatah lagi tengok semua menangis sampai saya sendiri berbelah bahagi nak teruskan atau tidak. Tapi kami suami isteri tekad…ini cara kami didik anak supaya lebih dengar kata.. InsyaAllah lepas ni saya nak hantar sekolah pondok macam saya dulu.

“Abah dengan mama terpaksa buat macam ni sebab abah nak anak-anak abah menghargai apa yang ada selama ini. Bukan senang nak didik anak supaya tahu macam mana erti kesusahan,” tulisnya.

Setiap ibu bapa ada cara tersendiri unutk mendidik anak-anak mereka. Namun, pendekatan yang dibuat oleh Aliff ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen, dan rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan drastik berkenaan.

Sungguhpun begitu, tidak kurang juga yang menyokong cara Aliff mendidik anak.

Sama ada bagus atau tidak, biarlah Aliff dengan caranya. Sebagai bapa yang selalu ada di sisi anak-anaknya, pasti dia tahu apa yang terbaik untuk mereka. –KLICK.MY

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.