Hiburan Sensasi Terkini

Alicia Amin Nak Saman Individu Menyamar Bapanya Di Twitter

MODEL kontroversi Alicia Amin mengamuk dengan individu di Twitter yang menyamar sebagai bapanya, apabila Tweet daripada penyamar tersebut viral di portal hiburan.

Alicia yang pernah berbogel dalam penggambaran iklan di sebuah pantai di Australia pada tahun lalu menyatakan, dia tidak kisah dirinya dikecam kerana imej seksi namun tindakan menyamar menggunakan nama dan gambar bapanya serta menulis Tweet tentang dirinya sudah keterlaluan dan menyalahi undang-undang.

Justeru, dia akan menggalakkan bapanya mengambil tindakan saman terhadap individu berkenaan dan tidak akan mendiamkan isu ini agar menjadi pengajaran kepada yang lain.

This evening someone took it into their own hands to slander my father- IMPERSONATING HIM , USING HIS PICTURES. Simply because we have differing views about how a women should govern her own body. . . I can handle death threats, hate mail, “tegur” comments, but you do not slander & come for my father and hope to see a peaceful life. . The tweets with my fathers name was screenshot & posted on viral website @ohbulancom. I will be encouraging my father to pursue a lawsuit for defamation. & slander. I may be a controversial figure but NOTHING justifies this behaviour. Our Malaysian society is bruised, broken and ugly. I hope everyone understands that cyber-hate and cyber-bullying has ramifications. I plan to make an example out of haters like these. There is nothing lower than this. . Kalau anda seorang hater, cuba kau guna otak kau sikit. Kalau aku yang berdosa dalam mata kau, apa guna kau jadi pukimak dan menambah dosa kau sebab aku? Mentang mentang “tegur” tapi pergangai macam lahanat. Benda ni I takkan tinggalkan untuk akhirat, ill pursue a lawsuit, dosa ni kau tanggung sekarang, babi.

A post shared by Alicia Amin (@hangriii) on

“Hanya kerana pendapat kita tidak sama mengenai bagaimana wanita patut berpakaian, seseorang ambil tindakan sendiri dengan menyamar, memfitnah, menggunakan gambar bapa aku.

“Aku boleh hadapi ugutan bunuh, emal benci, komen ‘tegur’ tapi kau tak patut fitnah dan mengaku sebagai bapa aku dan harap hidup kau aman selepas itu.

“Tweet dengan nama bapa aku itu telah dirakam dan diposkan di sebuah blog viral @ohbulancom. Aku akan menggalakkan bapa aku memfailkan saman malu dan fitnah.

“Aku mungkin selebriti yang kontroversi tapi tiada apa pun yang boleh menghalalkan perbuatan individu tersebut.

“Masyarakat Malaysia ni dah parah, rosak dan hodoh. Aku harap semua orang faham yang buli siber dan kebencian siber ada kesannya. Aku nak jadikan ini contoh kepada pembenci seperti mereka ini.

“Kalau anda seorang pembenci, cuba kau guna otak kau sikit. Kalau aku yang berdosa pada mata kau, apa guna kau jadi pu*imak dan menambah dosa kau sebab aku? Mentang-mentang ‘tegur’ tapi perangai macam lahanat. Benda ni aku takkan tinggalkan untuk akhirat, aku akan terus dengan tindakan saman sivil, dosa ni kau tanggung sekarang, b*bi., ” tulis Alicia.

Individu berkenaan dipercayai menulis Tweet berkenaan kerana tidak puas hati dengan sekeping gambar Alicia yang dimuatnaik di Instagram yang mana model itu berpakaian separa bogel di pantai di Terengganu.

Lihat gambar itu di bawah:

Terkini, selepas disemak semula akaun Twitter individu berkenaan sudahpun dipadamkan begitu juga artikel tentangnya yang disiarkan di portal Oh Bulan.com. –KLICK.MY