Terkini Viral

Alicia Amin Bidas JAKIM, Mohon Jangan Ganggu Golongan LGBT

DEWASA ini, sering kali kita mendengar isu mengenai lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di media sosial.

Isu ini dilihat ibarat barah dalam masyarakat yang mampu merosakkkan generasi masa depan. Bagi yang beragama Islam, perbuatan tersebut dilarang sama sekali oleh agama.

Mungkin ramai yang masih belum tahu apa itu LGBT dan bagaimana untuk mengenali indvidu yang termasuk dalam golongan ini, justeru sebuah akhbar tempatan menyiarkan info mengenai LGBT.

Dalam artikel tersebut, Pendakwah Ustaz Hanafiah Abd Malek berpandangan masalah Lesbian, Gay, Biseksual and Transgender (LGBT) ini semakin ketara di Malaysia.

Keadaan semakin meruncing apabila ada golongan yang memperjuangkan hak golongan ini. Kerana itu, kesedaran dalam membendung keadaan ini perlu diwujudkan segera.

Beliau turut memberitahu Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ada membuat program muqayyam untuk membantu golongan ini.

Laporan akhbar ini, mendapat perhatian seorang model Malaysia yang sering dilanda kontroversi, Alicia Amin.

Model berkulit sawo matang ini pernah menjadi salah seorang peserta rancangan Asia’s Next Top Model musim kelima.

Alica menerusi Instagram Stories, telah memuat naik keratan akhbar tersebut dan tidak bersetuju dengan info yang diberi.

“Pada sesiapa yang suka barang berjenama dan suka menyendiri, bolehlah buat aduan pada JAKIM kerana anda adalah golongan LGBT,” tulisnya.

Alicia menganggap isu sebegini terlalu meleret seolah-olah tiada isu lain yang lebih besar untuk diberi perhatian, dan menyarankan supaya berhenti menggangu golongan LGBT.

Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Namun bagi umat Islam, LGBT sememangnya ditegah maka ambillah pengajaran daripada kisah kaum Nabi Luth. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen