Hiburan

“Alhamdulillah Keadaan Saya Sekarang Baik”-Zaibo Nafi Tenat

BEBERAPA hari lalu heboh di media sosial mengenai keadaan kesihatan pelakon Zaibo yang dikatakan kini sedang tenat akibat penyakit kanser esofagus tahap empat yang dihidapinya.

September lalu, Zaibo mengakui dia menghidap penyakit tersebut selepas melakukan pemeriksaan kesihatan.

Berkaitan: Pelakon Zaibo Masuk Hospital, Hidap Kanser Esofagus

Gambarnya dalam keadaan tidak bermaya dan fizikal yang kurus tersebar. Bagaimanapun pelakon drama Spanar Jaya itu menafikan perkara tersebut dan menjelaskan gambar yang tersebar telah dirakamkan beberapa bulan lalu.

“Alhamdulillah keadaan saya sekarang baik, cuma perlu rehat yang cukup selepas membuat rawatan kanser.

“Itu adalah gambar lama dan saya kini berada di Johor untuk meneruskan rawatan susulan,” katanya seperti dilaporkan mStar Online.

Marilah kita sama-sama mendokan kesejahteraan Zaibo. Jangan sesekali menyebarkan berita tidak benar tentang keadaan kesihatannya. –KLICK.MY

Tag