Luar Negara

Alat Bantu Seks Sepanjang 20cm Tersekat Di Saluran Kencing Lelaki Ini

SEORANG lelaki di Taiwan yang cuba mencari kepuasan seksual menggunakan alat bantu seks, terpaksa dibawa ke hospital bagi mengeluarkan alat permainan seks sepanjang 20 sentimeter dari saluran kencingnya.

Lelaki berusia 30-an itu dimasukkan ke sebuah hospital di Kaohsiung dan ditahan selama dua hari minggu ini, selepas dia menekan objek plastik berkenaan ke dalam saluran kencingnya.

The object as shown during a cystoscopy - an endoscopic procedure into the man's bladder - which was used to remove the rugged toy

Daily Mail yang memetik media tempatan melaporkan, lelaki itu mendakwa cuba memuaskan dirinya melalui kaedah pelik itu sehingga menyedari ada darah dalam air kencingnya.

Ketua Jabatan Urology di Hospital Besar Kaohsiung, Jiann Bang-bing, berkata, objek plastik itu berukuran 20 sentimeter panjang dan satu sentimeter lebar.

 An x-ray shows the plastic pleasure stick lodged in the unnamed patient's bladder

Menurutnya, Doktor menggunakan kaedah ‘cystoscopy’ iaitu prosedur memasukkan endoskopik ke dalam saluran kencing mangsa bagi mengeluarkan objek berkenaan yang sudah menyebabkan bengkak dan darah dalam air kencingnya.

Beliau berkata, sebelum ini, pihaknya pernah menerima kes seperti itu membabitkan pen mata bola dan kabel. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen