Hiburan Terkini Viral

Al-Fatihah, Bapa Rebecca Nur Al Islam Meninggal Dunia

Salam takziah kami ucapkan kepada pelakon, Rebecca Nur Al Islam kerana telah kehilangan ayah tercinta semalam.

Berita tersebut disampaikan sendiri oleh Rabecca menerusi Instagram. Bapanya, Ahmad Ariffin telah menghembuskan nafas terakhir di Johor Bahru.

Dalam video yang dimuat naik, kelihatan Rebecca menangis dalam perjalanannya pulang ke sana untuk melihat jasad arwahnya buat kali terakhir.

Menurut Rebecca, dia agak terkejut dan seakan-akan tidak percaya kerana baru sahaja berjumpa dengan arwah bapanya baru-baru ini.

Rata-rata netizen mengucapkan takziah dan berharap Rebecca dapat bertabah dan kuat semangat menghadapi dugaan.

Innalilawainalillahirojioun..Suddenly Papa…i can’t live without you my dad?? #mrsazam #alfatihah #mypapa #mydaddy #05062017

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on

Sekurang-kurangnya arwah bapa Rebecca pergi mengadap Ilahi pada bulan yang mulia. Kami di sini sekali lagi ingin mengucapkan takziah buat Rebecca sekeluarga. Dari Allah kita datang dan kepada Dia juga kita kembali. –KLICK.MY