Sensasi Terkini Viral

Aksi Lucu Pengunjung Berjalan Atas Terrifying Skywalks Jadi Tular

Negara China memang terkenal dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Malah, mereka terkenal dengan pelbagai bangunan pencakar langit.

Namun bukan pasal pencakar langit yang mahu diceritakan tetapi gelagat penungjung yang menaiki dan berjalan atas Terrifying Skywalks yang diperbuat daripada kaca.

Bayangkan anda berada di ketinggian 4,600 kaki dan lebih mengujakan berada di atas laluan diperbuat daripada kaca.

Sekiranya berada di atas lalu tersebut, anda boleh pandang terus ke bawah dan seolah-olah sedang terapung di udara.

Pastinya pemandangan itu menjadi mimpi ngeri atau kecut perut buat mereka yang gayat.

Terrifying Skywalks yang dibina di lereng puncak bukit pada tahun 2016 itu telah menggamit kedatangan pelancong luar dan dalam.

Namun, hanya mereka yang benar-benar berani dan tidak gayat sahaja mampu berjalan di atas laluan kaca itu.

Sungguh pun begitu, ada juga pelancong dan pengunjung yang ‘berlagak’ berani namun mula ketar lutut dan menangis sebaik sahaja berada di laluan kaca berkenaan.

Sebuah video yang merakamkan gelagat mereka ketika melalui laluan kaca itu menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi.

Percaya atau tidak, gelagat mereka membuatkan netizen tidak kering gusi malah ada juga yang simpati.-KLICK.MY