Sensasi Terkini Viral

Aksi Erotik Wanita Ini Punca Kemalangan Kereta Dan Motosikal!

Seorang wanita Ukrain telah menyebabkan kemalangan sebuah kereta dan motosikal. Tindakannya melakukan senaman dan gerakan erotik dikatakan menjadi punca kemalangan tersebut.

Dalam klip video yang berdurasi selama satu minit tujuh saat itu menyaksikan seorang wanita berada di tepi jalan sedang melakukan senaman dan tarian erotik.

Video itu dirakam oleh rakannya. Difahamkan wanita berkenaan bernama Masha.

Ketika dia sedang asyik melakukan gerakan-gerakan tersebut, tiba-tiba sebuah kereta dan motor dari arah bertentangan bertembung menyebabkan penunggang motosikal tercampak di tepi jalan.

Kemalangan itu menghasilkan bunyi yang kuat dan kedua-dua wanita tersebut terkejut.

Dalam keadaan panik, Masha mulai menangis dan rakannya menjerit menyuruh dia menghubungi ambulans.
Kelihatan penunggang motosikal tersebut terbaring dalam keadaan yang tidak sedarkan diri sebelum video itu berakhir.

Namun, mengikut laporan media di sana, penunggang motosikal tersebut selamat dan mengalami patah pinggul.

Macam sudah tiada tempat lain mahu menari. Tepi jalan juga yang dipilihnya. Tak pasal-pasal orang lain kemalangan gara-gara kelakuannya.-KLICK.MY