Sensasi Terkini Viral

Akibat Terlalu Gembira, Aset Model Ini Terdedah

Gara-gara terlalu gembira dan melompat keriangan, menyebabkan aset atau payu dara seorang model berasal dari Chile terdedah ketika rancangan Big Brother versi Sepanyol bersiaran.

Video insiden yang melibatkan model bernama Aylen Milla ini tular di laman sosial. Dalam video tersebut, kelihatan Aylen yang mengenakan gaun merah meloncat kegembiraan sehingga mendedahkan payu daranya.

Bagi sesiapa yang masih belum tahu rancangan ini, Big Brother adalah rancangan realiti televisyen di mana sekumpulan orang hidup dalam satu rumah besar, terpencil dari dunia luar namun gerak geri mereka diawasi oleh kamera televisyen.

Insiden memalukan itu berlaku ketika mereka sedang menunggu keputusan juri. Sebaik namanya diumumkan, model berusia 26 tahun itu terus melonjak kegembiraan.

Saat menyedari payu daranya terdedah, dia cepat-cepat menutupnya dan memusingkan badan dan membetulkan pakaiannya. Kemudian dia terus dipeluk oleh teman lelakinya.

Namun, insiden memalukan itu bukan kali pertama berlaku. Beberapa minggu lalu,di tayangan yang sama Aylen juga mempertontonkan bahagian intimnya ketika dia mengangkat tangannya tinggi-tinggi.

Entah hal itu sengaja dilakukan atau sebaliknya, yang jelas insiden tersebut telah menjadi ejekan dan kutukan di media sosial.-KLICK.MY