Sensasi Terkini Viral

Akibat Kalah, Pemain Game Sondol Skrin Komputer

Apabila tidak dapat bertahan dengan tekanan dan perasaan marah, seorang pemain game bertindak menyondol kepala sehingga menembusi skrin komputer bagi melepaskan perasaan geram.

Anda pernah tak berhadapan situasi seperti ini? Kalau pernah itu tandanya anda seorang yang tidak kuat mental.

Begitu juga dengan lelaki dari China ini yang kalah selepas bermain game. Tak pasal-pasal kepalanya terlekat di skrin komputer dan menyusahkan orang lain pula.

Tindakan lelaki berkenaan sudah pastinya merosakkan harta benda di pusat komputer tersebut. Malah, pengguna yang ada di situ menggunakan kesempatan mengambil gambar dan menularkannya di internet.

Inilah orang kata sakit dapat malu pun dapat. Lengkap satu pakej. Itu belum dikira ganti rugi yang perlu dibayarnya kerana merosakkan harta benda kedai tersebut.-KLICK.MY