Gaya Hidup

Akhirnya Shah Rukh Khan Kongsi Gambar ‘Selfie’ Bersama Isteri

ADA sesetengah artis ternama begitu susah berkongsi gambar peribadi mereka bersama keluarga dengan netizen.

Malah, ada antara mereka langsung tidak mempunyai akaun media sosial. Mungkin mereka mahu menjaga privasi dan alasan lain.

Baru-baru ini artis Bollywood ternama, Shah Rukh Khan akhirnya buat pertama kali berkogsi dengan netizen gambar ‘selfie’ atau swafotonya bersama isteri di media sosial.

Mungkin agak ketinggalan tetapi itulah hakikatnya. Shah Rukh Khan mendedahkan dia baharu sahaja mendapat keizinan isterinya Gauri Khan untuk berkongsi foto mereka di laman sosial.

Pasangan yang sedang bercuti di negara Eropah itu memuat naik beberapa foto ‘selfie’ berdua di laman Twitter dan Instagram.

Menurut Shah Rukh Khan ia merupakan kali pertama dia berswafoto dan berkongsi foto bersama isteri di laman maya itu.

“Setelah sekian tahun, akhirnya dia izinkan untuk berkongsi foto selfie yang ku ambil. Dialah Gauri, hatiku,” tulisnya.

Selain itu, Gauri turut memuat naik gambar kenangan mereka sekeluarga ketika sedang bercuti di negara itu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.