Hiburan Terkini

Akhirnya Peminat Dapat Tatap Wajah ‘Baby Ninja’ Jihan Muse

SEMALAM berlangsungnya majlis aqiqah anak sulung Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz.

Buat pertama kalinya juga peminat dapat menatap wajah ‘baby ninja’ setelah beberapa bulan Jihan bersalin.

Sebelum ini, peminat tertanya-tanya kenapa Jihan tidak menunjukkan wajah anaknya walaupun sudah lebih sebulan melahirkan.

BACA: Hampir 2 Bulan Bersalin, Peminat Tak sabar Nak Tengok Anak Jihan Muse

Majlis tersebut dihadiri keluarga dan teman-teman rapat termasuk rakan baik Jihan, Farah Fauzana dan Shila Amzah.

Shila turut berkongsi gambar ‘baby ninja’ atau nama sebenarnya Ungku Arsalan Haq di Instagramnya.

Rata-rata pengikut memuji bayi lelaki Jihan dan Ungku Hariz ini memiliki wajah seperti orang Jepun disebabkan pengacara dan pelawak itu sering ke sana.

Ya, sekali pandang wajah anaknya memang seiras wajah orang Jepun dan Ungku Hariz.

Pasti ramai yang tidak sabar mahu mengikuti perkembangan anak Jihan menerusi Instagram selepas ini. Sama ada Jihan dan suami akan membuka akaun Instagram anaknya atau tidak seperti selebriti lain, sama-samalah kita tunggu. –KLICK.MY